TOPIK

30 CHALLENGES

1) - Lagu yang menggambarkan diri anda
2) - Movie pertama buat anda menangis
3) - Aku cantik!
4) - Boyfriend kaki kikis.
5) - Cara elak main kayu tiga
6) - 3 perangai paling buruk anda
7) - 3 perangai baik anda
8) - pergaduhan paling teruk yang pernah anda alami
9) - Perigi Cari Timba
10) - Tips gemuk
11) - [Gambar] Make-over diri sendiri
12) - Tips pertama kali melawat rumah bakal mertua.
13) - Mengenali hati budi perempuan.
14) - Pengalaman paling horrible!
15) - anda menang Rm1 Juta & wajib habiskan dalam 24 jam.
16) - First Love.
17) - Bilik idaman
18) - Tidur subuh bangun tengahari.
19) - Jenis manusia yang menarik perhatian anda
20) - kenderaan idaman
21) - Kawan Makan Kawan!
22) - tarikh-tarikh penting dalam hidup anda
23) - dream wedding
24) - tempat yang paling anda gemari untuk makan
25) - karakter impianku!
26) - 15 fakta tentang anda ; tersurat & tersirat.
27) - [Gambar] Mix & match baju lama koleksi sendiri
28) - hobi paling sia-sia
29) - siapa anda 10 tahun akan datang?
30) - lelaki idaman


Thank Q
Friday, November 15, 2013

topik ke- 30: Lelaki Idaman

Perghhh......
Banyak giler topik menarik untuk kali ini. Muahaha. Gile lama tak mencoret dalam Petak-Petak. Kali ni, SH pilih tajuk Lelaki Idaman SH. Baiklah, disebabkan SH ini perempuan dan memikirkan perihal diri SH yang belum lagi berpunya, jadi suka untuk SH mengulas topik di atas dengan lapang dada (wakakaka).

Dulu, masa SH tengah remaja kan; SH suka kat orang yang tinggi dan gagah perkasa (wah!). Pantang tengok lelaki tinggi, tak kira lah hodoh ke, hensem ke, gigi jongang ke, kuruih keding ke, hitam kelam ke sume SH suka. Pernah masa kat sekolah dulu, SH suka kat sorang mamat ni. Dia tinggi, putih, gagah tapi satu je slek. Dia busuk (heh). Tapi SH tak kisah. Busuk pon busuklah. Tapi bila meningkat dewasa, minat pada lelaki berubah.

Oklah. SH mengaku. Sebenarnya SH pun tak tahu apa jenis lelaki idaman SH. Sebab SH kalau suka, sukalah. Tak tahu kenapa. Tapi,menjangkau usia awal dewasa yakni usia untuk berkahwin ni (pui geli), ciri lelaki yang SH idami adalah bertanggungjawab.

Hurmmm. Bukan bertanggungjawab  cari nafkah iaitu pergi kerja, balik umah, bagi duet kat anak bini bukan eh. Bukan  itu semata. SH men-idami seorang lelaki yang bertanggungjawab secara hollistik. Yakni;

1. Bertanggungjawab ke atas agamanya. 
Malas nak hurai panjang, tapi tiada walau seorang pon wanita di dunia yang tak nak lelaki yang soleh dan mosleh untuk dijadikan suaminya

2. Bertangunggjawab atas kerjanya.
SH menginginkan keluarga yang barokah. Mohon encik suami jangan makan gaji buta boleh? haha

3. Bertanggungjawab ke atas tanggungjawab yang ade.
Apa-apa sahaja tanggungan yang encik suami ade, sila bertanggungjawab sepenuhnya. Apakah ia? Terserah ke atas individu itu sendiri. Tetapi, ada pepatah yang berbunyi: 'berbaktilah kepada ibubapa selagi termampu sebelum mengidamkan bakti untuk bangsa dan negara'. Jadi, fikir- fikirkanlah kerana syurga si lelaki di telapak ibumu~

4. Bertanggungjwab ke atas ukhrawi ku.
Haaa.. Takot tak?. Mesti seram kan. SH inginkan seorang lelaki yang boleh membimbing SH untuk menjadi perhiasan dunia yang baik lagi indah. Hihihi

hahaha.
Sekian. SH rasa entry kali ini begitu gediks sekali dan SH susun jari mohon maaf kalau ada pihak yang tidak menyukai entry ini. Sekian.


#pic ini di gugel dari blog dr cinta

0 taipan keyboard: